Pages

Wednesday 30 March 2011

mengemas + x sedap hati + roti canai = ??

Assalamualaikum..


Ehh!! apa yg telah terjadi hari ni? (31/3/2011).. bila baca tajuk kat atas 2 nampak cam pelik je kan?

p/s: hari ini saya akan cuba meminimakan penggunaan singkatan sewaktu menulis, ekoran dari kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda kita..hehehe

sambung balik cerita tadi,,

mengemas..
pagi ini, adik saya Reduan telefon saya dalam pukul 7 pagi. Dia bagi tahu saya yang dia sudah sampai dekat terminal makmur, kuantan, pahang. dia kejut saya untuk kemas2 barang saya ekoran sem ini saya kena kosongkan bilik + ayah saya nak ambil dia dekat terminal. so, bolehla datang uia angkut barang2 saya bawa balik rumah. wee....

x sedap hati..
akan tetapi, selepas saya habis cakap dengan dia, saya rasa tidak senang hati, perut, akal dan sebagainya..
sehinggalah pada pukul 10 pagi saya bertekad untuk menelefon dia dan bertanya sama ada ayah sudah sampai atau belum. malangnya, setelah saya mendengar suara dia, kedengaran suara dia yang cemas + menakutkan. rupa-rupanya, beg dia hilang kene curi masa dia tinggal beg semata-mata mahu pergi beli surat khabar. apa lagi, menilau la budak 2 cari beg dia dekat segenap pelusuk terminal 2. aleh2, dia terjumpa seseorang lelaki bertubuh besar memegang beg dia. dia cakap dekat saya, "panas hati aku tengok mamat 2 curi beg aku, ape lagi, ateh terus pergi tumbuk dia". emm, bertumbuk la budak berdua dekat situ. dia cakap orang lain pakat tengok je dia belasah orang tu. dia cakap lagi, "kurang ajar betul orang tu, berdarah tangan ateh pukul dia". alahai, apa la nasib.. nasib baik orang itu tiada senjata, kalau tidak, habisla cedera parah adik saya tu.

so, moral dari cerita ini:
1) jangan tinggal barang anda sembarangan di tempat2 awam
2) kalau boleh jangan duduk tempat yang sunyi seorang diri, lebih2 lagi kita ni orang perempuan
3) sentiasa pastikan telefon anda ada bateri + ade kredit bila anda pergi ke suatu tempat yang asing.
4) menulis bahasa kebangsaan ini lagi susah dari membacanya, letih saya..haha, so tolong baca cerita ini dengan nada yang gembira ye..


eh, belum habis lagi ye..

roti canai..
dalam keadaan adik saya yang cemas 2, sempat lagi saya suruh dia belikan saya roti canai sebab memang sudah lama teringin nak makan. gila kejam punya kakak.. huhu




                                                                   reduan ali

No comments:

Post a Comment